Asimilasi merupakan satu proses percantuman
dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden
(seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok
yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan
identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini
mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali
agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia,
apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya
merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan
serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan
anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

No comments:
Post a Comment